Saturday 30 June 2012

HARI KARNIVAL SMKTKOSAS 2012

Tahniah SMK Taman Kosas atas kejayaan dan kemeriahan Hari Karnival 2012. Terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, pelajar dan pengunjung.
Congratulations to the success n tremendous fun 2012 Carnival Day. TQ to all the committee, students, teachers and all supporters.

  Bikerz Team........tengok je la motor nih...

Sorang tercapai hajat nak duk atas tu...dua lagi tercapai gak hajat nak jadik gadis ...ala gadis yg kat litar tu...

Rasa-rasa bola tu boleh ke tampung aku?

 Depa kata nih memang best...........tahniah la pocong2 kosas
penat nih tgu giliran....panjang giler


karok.................

Ramai giler pengunjung...terima kasih warga Kosas

Dapat pun tangkap balik dia nih...

Macam2 ada...

Thursday 28 June 2012

KARNIVAL SMKTKOSAS 2012
SEANTERO DUNIA  DIUNDANG BERSAMA MENJAYAKAN KARNIVAL...
to all students, family and taman kosas residents ...u r welcome

SMK TAMAN KOSAS

SEJARAH SMK TAMAN KOSAS  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas ditubuhkan pada 2 Januari 1989 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang. Kini Sekolah Menengah Taman Kosas sudah menjangkau 19 tahun sejak penubuhannya. Jumlah pelajar pada ketika itu adalah seramai 280 orang pelajar sahaja. Pada tahun 1991, seramai 500 orang pelajar bertambah. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Kelas-kelas yang dibentuk pada ketika itu 4 kelas peralihan dan 3 kelas tingkatan 1. Tenaga pengajarnya pula adalah seramai 10 orang bawah pentadbiran pengetua pertama iaitu Encik Abdul Talib bin Ismail. Beliau telah menjalankan tugas sebagai Pengetua SMKTK pada awal semester kedua 1991 dan kemudian beliau berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Task, Ampang. Pada minggu kedua persekolahan semester 1 sesi 1990/1991, SMKTK berpindah ke bangunan baru yang siap dibina di Taman Kosas, Ampang. Rata-rata pelajar adalah dari Taman kosas, Taman Ampang Indah, Kampung Melayu, Taman Sri Watan, Taman Sri Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Bukit Indah, Taman Dagang dan Taman Halaman. Bilangan pelajar pada ketika itu sudah mencecah angka 1000 orang. Bilangan kelas pula bertambah menjadi 27 kelas kesemuanya manakala bilangan warga pendidik pula seramai 47 orang. Pada Jun 1991, Tuan Haji Hashim bin Chik mengambil alih tugas sebagai pengetua sehingga beliau bersara pada 30 November 1993. SMKTK seterusnya dipelopori oleh Tuan Haji Abdul Karim Mohamad sehingga 30 November 1995. Pengetua keempat menggantikan Tuan Haji Abdul Karim Mohamad ialah Puan Khu Khiok Boon pada 1 Disember 1996 sehingga beliau pencen pada Julai 1996. Puan Siti Nor binti Mohamed menjawat jawatan Pengetua SMKTK sehingga beliau bersara pada 7 Mei 1999. Pentadbiran SMKTK diteruskan oleh Encik Gurdev Singh a/l Gurnam Singh PJK. Beliau menerajui tampuk kepimpinan SMKTK sehingga beliau bersara. Kini, SMKTK dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Ibrahim bermula pada tahun 2006 sehingga 2011. Kini dipimpin oleh puan Jahani Bt. Kafi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas
Jalan Kosas 2/2, Taman Kosas
Selangor, Malaysia
Telefon = 0342936130
                                                                                                                                                                   



ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA